Menerima jemputan dari Ed, PY4WAS iaitu Presiden kelab CWJF untuk sertai contest anjuran mereka iaitu sebuah kelab radio dari Brazil, iaitu CWJF Group. Jadi sebagai seorang kawan, saya memenuhi jemputan dia. CQMM DX ini akan bermula sebentar lagi, iaitu jam 8.00 malam waktu tempatan hingga jam 7.59 pagi hari Isnin nanti.