![]() |
9m2zak as a soab-low in cqwpx 2017 |
Contest CQWPX CW pada tahun ini adalah yang paling mencabar kerana ianya berlangsung semasa bulan ramadhan. Sudah tentu cabarannya amat dahsyat sekali. Terutama cabaran rasa mengantuk, lapar dan haus. Lebih menyayatkan hati pula, pada WPX CW tahun ini, kawan bertarung dalam kategori single operator. Jadi sudah tentu kawan terpaksa fokus 100% minda dan jiwa terhadap contest kerana tiada rakan untuk membantu dan contest ini pula berlangsung dalam mode CW. Satu mode yang memerlukan konsentrasi yang tulen. Maknanya jika kita lost konsentrasi, maka akan salahlah dekoding kita serta akan salahlah copy exchange number.
Konsentrasi memerlukan tenaga dan makan tenaga. Namun oleh kerana berpuasa, maka cabaran konsentrasi amatlah getir sekali. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya kawan untuk memusatkan tumpuan terhadap contest serta menyahkan rasa lapar dan dahaga serta mencuri tenaga dari sisa sisa dalam badan untuk disalurkan kepada daya konsentrasi minda. Tiga perkara dilakukan secara serentak, iaitu fokus kepada contest - lawan rasa lapar dan dahaga - lawan rasa mengantuk. Rasa mengantuk inilah yang paling kritikal sekali,
Namun kawan tewas juga, pada jam 11 lebih waktu tempatan, akhirnya kawan akur dengan tuntutan alam, Kawan terlena sehinggalah dikejutkan oleh XYL pada jam 5 pagi. Sesi bertarung dan bergaul-mesra bersama rakan-rakan di eropah jahanam begitu sahaja sebab eropah selalunya muncul dengan kuat sekitar jam 11 pm hingga 3 am secara kasarnya. Kawan anggap itu bukan rezeki kawan, namun kawan berpuashati dengan kutipan yang ada setakat ini sebab ianya telah memecah rekod peribadi kawan selama bergelumang dalam arena radio-sport ini. Menang kalah itu bukan keutamaan, mengambil bahagian dan bertemu rakan-rakan dari seluruh dunia itu lebih manis dan bermakna sebenarnya. Semangat kekitaan dan bersatupadu antara benua itu lebih bernilai dan tidak ternilai harganya demi kesejahteraan dunia sejagat hendaknya. 73 dan selamat berpuasa, Zaki.
terima kasih diucapkan kepada Azril v85an di atas rakamannya,