![]() |
LILYGO TTGO ESP32 |
1. LILYGO® TTGO ESP32-Paxcounter LoRa32 V2.1 1.6.1
![]() |
TTGO ESP32 |
untuk mendapatkannya, saya sudah pun link-kan ke shoppee, hanya klik dan beli. jika ada budget, boleh ambik 3 freq terus iaitu 433mhz,868mhz dan 915mhz.
2. Antenna UHF monoband atau dualband VHF/UHF atau boleh buat sendiri ant UHF anda.
3. Micro USB cable untuk flash FW dan hidupkan TTGO anda.
4. 5v AC/DC power adapter
Langkah Pertama
download perisian TinyGS Uploader dari link ini.
https://github.com/G4lile0/tinyGS/releases/download/2105260/TinyGS_Uploader_WINDOWS.exe
kemudian flash TTGO anda.
Langkah Kedua
Kemudian, masuk ke TinyGS anda melalui IP ini, 192.168.4.1 dan isi segala maklumat dalam station dashboard anda.
Klik pada Configure parameters
dan paparan ini aka keluar, isi maklumat yang saya warnakan merah.
kemudian didalam telegram tersebut klik pada Open private chat dan anda akan dibawa ke TinyGS Personal Bot. Taip /start dan enter untuk mendapatkan mqtt username dan password.
maklumat yg lain dibiarkan sama tiada perubahan dan klik apply kemudian restart TTGO anda. Sila semak setup anda di dashboard. jika keluar paparan sebegini, maka berjayalah anda.
Untuk mendapatkan keyakinan yang setup anda berjaya, sila pergi ke laman web utama dan pasti station anda akan kelihatan di map seperti ini.
![]() |
maka siaplah Ground Station anda sendiri, Anda boleh teroka laman web www.tinygs.com untuk lebih memahami akan satelite ini.
saya pun baru dapat satu peket sebab saya pun baru juga naikkan ground station ini. Jika tengok rakan-rakan lain di seluruh dunia, mak aiii udah beribu peket mereka. Hahahaha.
Jadi apa tujuannya saya bina Ground Station ini?
jawapannya ialah ianya menyeronokkan (bagi saya lah) dan saya juga belajar macam-macam perkara berkaitan satellite, LORA, Geographi, electronic, dan yang paling best sekali ialah saya sukakan cabaran, cabarannya disini ialah cuba mendapatkan signal dari satellite LORA yang sebesar tapak tangan ini dari angkasa lepas.
Semoga ianya bermanfaat kepada para pembaca sekalian, saya mohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa atau info di dalam posting ini. 73 daripada saya Zaki 9M2ZAK