Pagi tadi, seawal jam 5.00 pagi kawan memulakan latihan ini. Sengaja kawan memilih waktu-waktu begini untuk training kerana untuk mencari ketenangan. Dalam bulan November ini, kawan akan cuba meningkatkan keupayaan RX kawan semaksimun yang mungkin bagi mencapai target 100 QSO ke atas dalam masa sejam dengan kelajuan 40 WPM.
Tujuan kawan lakukan latihan intensif dalam kelajuan 40WPM adalah untuk mendapatkan keselesaan semasa RX dalam kelajuan 30-35WPM. Seperti yang kita sedia maklum, kelajuan 30-35WPM ini adalah kelajuan normal bagi Contest, terutama bagi contest-contest yang besar seperti CQWW dan CQWPX. Jadi, untuk memberi sedikit keselesaan dan saingan kepada operator-operator bertaraf dunia ini. Kelajuan ini perlu dikuasai sepenuhnya. Maksud dikuasai sepenuhnya ini, bukan sahaja asal boleh sahaja. Malah ianya mestilah perfect kerana ia melibatkan pungutan mata. Jika salah RX, maka mata akan dipotong. Jadi sudah tentulah akan berlaku pengurangan mata seterusnya menjejaskan kedudukan RANKING itu nanti.
Hasil latihan hari ini: 4 November 2014 ( Selasa)
- 94 QSO dalam masa 60 minit
Bermula hari ini, kawan akan log dan postkan diblog ini perkembangan latihan intensif kawan. Terutama jumlah QSO yang dicapai dalam masa sejam. Sekian dulu daripada kawan dan jumpa lagi dalam post yang akan mendatang. 73 Zaki.